BUKU PANDUAN PENGURUSAN ASRAMA

VISI

ASRAMA SMKAA KEKAL CEMERLANG

 

MISI

MENJADIKAN ASRAMA SEBAGAI ZON PEMBELAJARAN KONDUSIF KE ARAH MENGEMBANGKAN POTENSI BAGI MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERDISIPLIN, BERJIWA BESAR, BERSEMANGAT WAJA UNTUK KECEMERLANGAN DI DUNIA DAN AKHIRAT

 

MOTO

ASRAMA CEMERLANG INSANNYA DIJULANG

 

 

 

 FOKUS KECEMERLANGAN ASRAMA

1. Dasar kualiti

Jawatan kuasa Pengurusan Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau telah meletakkan empat fokus utama dalam pengurusan asrama iaitu sahsiah,akdemik,keceriaan dan kokurikulum.

Fokus strategik Jawatankuasa asrama adalah memastikan pengurusan asrama yang cemerlang dan pembentukan sahsiah muriah murid yang efisien dan berkualiti memenuhi tuntutan semasa iaitu melahirkan modal insan terbilang sejajar dengan moto “Asrama Terbilang Insannya diJulang”.

 

2. Matlamat :

    2.1. Mempertingkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran asrama.

    2.2. Mewujudkan suasana kondusif sebagai tempat tinggal untuk belajar.

    2.3. Mempastikan amalan budaya hidup cemerlang sentiasa dan semangat setiakawan serta “asramaku rumahku”

          diamalkan.

    2.4. Memastikan semua penghuni mendapat makanan yang berkualiti memenuhi keperluan kesihatan minda dan

           jasad melalui amalan pemakanan yang seimbang.

    2.5. Memastikan asrama sentiasa selamat untuk penghuninya.

 

3. Jangkaan Impak

Melalui strategi, perancangan dan aktiviti yang dijalankan oleh Jawatan kuasa Pengurusan Asrama adalah sangat diharapkan pelajar-pelajar dapat menghadapi pembelajaran dengan lebih selesa .Disamping dapat mengamalkan budaya hidup beragama dan cemerlang pada masa hadapan,berakhlak mulia,berhemah tinggi,cerdas dan cergas.Justeru modal insan terbilang dapat dihasilkan bagi memenuhi tuntutan masyarakat dan semasa.


PERANCANGAN ASRAMA


FOKUS UTAMA :

  1. KECERIAAN
  2. SAHSIAH
  3. AKADEMIK
  4. SUKAN

ISU-ISU :

Pelajar asrama kurang menyerlah dari segi akademik dan sahsiah.

MASALAH :

  1. Terdapat pelajar yang masih gagal dalam beberapa subjek.
  2. Pelajar asrama balik ke asrama ketika pnp.
  3. Pelajar cemerlang sekolah tidak diwakili oleh pelajar asrama.
  4. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap.
  5. Pakaian yang tidak kemas ketika solat,outing.
  6. Merokok di khalayak( di asrama)
  7. Keluar tanpa kebenaran.
  8. “Couple “

 

JADUAL HARIAN ASRAMA

 

MASA

 

AKTIVITI

 

5.30 – 7.00

BANGUN PAGI/URUS DIRI DAN SOLAT SUBUH

-10 minit sblm solat berada di surau.

-Pastikan cadar sentiasa kemas ditarik cekang dan dilitupi selimut pada hujung tilam.

7.00 – 7.15

SARAPAN PAGI (Berpakaian seragam sekolah)

7.15

ROLL CALL

-          Kosongkan asrama dan berbaris mengikut dorm di medan asrama.

7.30 – 2.45/3.15

WAKTU PERSEKOLAHAN ( Pelajar tidak dibenarkan balik ke asrama kecuali dengan kebenaran bertulis daripada pengurusan asrama)

2.45 – 3.30 PTG

SOLAT ZOHOR BERJAMAAH ( SURAU AL-FAIZIN),URUS DIRI/MAKAN T/HARI

3.30/3.45 – 5.00

PREP PETANG

5.00 – 6.30 PTG

SOLAT ASAR/BACAAN MATHURAT / RIADHAH/URUS DIRI

6.30 – 7.00 MLM

MAKAN MALAM

-          Tidak dibenarkan berpakaian sukan.

7.00 – 9.00 MLM

SOLAT MAGHRIB/KELAS TAFAQUH/SOLAT ISYAK

9.00 – 10.30 MLM

PREP MALAM

10.30 – 10.45 MLM

MINUM(SUPPER)

10.45-11.15

BACAAN AL-QURAN

11.15 MLM

LAMPU DIPADAM/TIDUR



AKTIVITI :


1. KECERIAAN :

  1. Mempastikan persekitaran asrama, dorm dan bilik air dalam keadaan bersih
  2. Mengadakan program anak angkat setiap blok bangunan asrama kepada seorang warden.
  3. Menyusun program gotong-royong dan menyelia keberkesanan program di atas yang diadakan pada setiap minggu (hari Ahad)
  4. Mempastikan keadaan asrama ceria dan selamat untuk semua penghuninya.
  5. Di antara program kebersihan dan keceriaan yang dijalankan: 

          5.1 Gotong royong.

                - Minggu pelajar tidak balik ke kampung.( HARI AHAD 9 PG)

                - Gotong royong perdana (melibatkan para waris pelajar asrama)

          5.2.Memastikan setiap bilik mengadakan jadual bertugas bilik dan carta organisasi.

          5.3.Pertandingan kebersihan dan keceriaan dorm ( setiap bulan)

          5.4.Mengadakan sudut dan wakaf(anjung bacaan) di sekitar asrama.

          5.5.Ceramah kebersihan dan kesihatan (untuk semua pelajar pada awal tahun)

          5.6.Mengadakan kawasan angkat bagi setiap dorm.

          5.7.Menghidupkan suasana “ Asramaku Rumahku”




2. AKADEMIK

 

 Waktu prep :

Ting 1-2           3.15 ptg – 5 ptg                       8.30 mlm – 10.30 mlm

Ting 3-6           3.45 ptg – 5 ptg                       8.30 mlm – 10.30 mlm

 

- Bengkel mata pelajaran untuk kelas peperiksaan dan pelajar lemah

- Menyediakan botol minuman kepada semua pelajar asrama.

- Melantik pengawas atau ketua bagi setiap tingkatan untuk mengawas atau melapor.

- Menyediakan kelas tuisyen asrama untuk kelas peperiksaan dan pelajar yang lemah.

BIL.

AKTIVITI

SASARAN

MASA

1.

ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 
( SHAHRUL HILWAH )

Semua pelajar 
tingkatan 1

Januari 2012

2.

BIMBINGAN FARDU AIN

-sda-

Januari

3.

BERSAMA PENGURUSAN ASRAMA

Semua pelajar

Januari

4.

CERAMAH MOTIVASI ( Pengurusan masa yang berkesan)

-sda-

Januari - Febuari

5.

CERAMAH MOTIVASI(Kemahiran belajar untuk mencapai kecemerlangan)

Semua pelajar 
ting.3 dan 5

Mac- April

6.

KELAS TAMBAHAN

(Atas Keperluan) 

  1. BAHASA ARAB
  2. BAHASA INGGERIS
  3. MATEMATIK
  4. MATEMATIK TAMBAHAN
  5. FIZIK, KIMIA DAN BIOLOGI

Tingkatan 3&5 
Tingkatan 3&5 
Tingkatan 3&5 
Tingkatan 4&5 
Tingkatan 4&5

Sepanjang Tahun 
 
 

 

7.

MENGHASILKAN BULETIN ASRAMA 

AJK berkenaan

April

8.

CERAMAH MOTIVASI (Persediaan Menghadapi Peperiksaan)

Semua pelajar 
PMR & SPM

Penggal I

9.

KURSUS KEMAHIRAN BELAJAR

Ting.1, 2 & 4

April

10.

SISTEM MENTOR MENTEE

Ting. 3 & 5

Sepanjang Tahun



3. SHAHSIAH/KEROHANIAN

- Qiamullail setiap tingkatan.

- Qiamullail perdana untuk semua pelajar asrama.

- Kelas tafaqquh.

- Ceramah motivasi.

- Usrah pelajar.

- Hafazan surah-surah utama.

BIL

AKTIVITI

SASARAN

MASA

1.

KULIAH BULANAN

(Penceramah jemputan)

Semua pelajar

Setiap bulan

2.

KELAS FARDU AIN 

Pelajar ting. I

Minggu Orientasi

3.

HALAQAH AL-QURAN 

Semua pelajar

Setiap selepas Maghrib 

4.

MAJLIS ILMU( BACAAN HADIS DAN MATHURAT)

Semua pelajar

Selepas solat Asar

5.

ASMAUL-HUSNA

Semua pelajar

Sepanjang Tahun

6.

KULIAH MAGHRIB 

Semua pelajar

Sebulan sekali

7.

KULIAH SUBUH

Semua pelajar

2 minggu sekali

8.

CERAMAH HARI-HARI KEBESARAN ISLAM

Semua pelajar

 Takwim sekolah

9.

PROGRAM EHYA RAMADHAN

Semua pelajar

Sepanjang bulan Ramadhan

10.

SOLAT HAJAT, MEMBACA YA-SIN DAN TAHLIL.

Semua pelajar

Setiap minggu  (malam Jumaat)

11.

QIAM-AL-LAIL

Semua pelajar

 

12.

BENGKEL KEROHANIAN 

Semua pelajar

Penggal I 

13.

TAZKIRAH

Semua pelajar

Setiap Jumaat

14.

SOLAT HAJAT BERSAMA IBU BAPA

PMR, SPM dan STPM

Takwim sekolah

15.

KHATAM AL-QURAN DALAM BULAN RAMADHAN

Semua pelajar

Hujung bulan Ramadhan

16.

MAJLIS BERBUKA PUASA

Semua pelajar

 

17.

SAMBUTAN HARI RAYA

Semua pelajar

 

18.

KHIDMAT MASYARAKAT (SOLAT JENAZAH, MEMBACA YA-SIN, TAHLIL)

Tingkatan 4

Mengikut keperluan dan kesesuaian



4. RIADAH

BIL

AKTIVITI

SASARAN

MASA

1.

  • BOLA SEPAK
  • TAKRAW
  • SEPAK RAGA BULATAN 
  • BOLA TAMPAR
  • BADMINTON
  • PING PONG
  • JOGING

 

Semua pelajar

Sepanjang tahun 
 
 

5.00 – 6.30 petang

2.

PERMAINAN DALAMAN

  • SAHIBBA
  • CONGKAK
  • CATUR
  • SUKANEKA DLL

Semua pelajar

Sepanjang tahun 
 
 

5.00 - 6.30 petang 
 
 

 

3.

PERTANDINGAN ANTARA RUMAH SUKAN

Semua pelajar 

Takwim sekolah

4.

PERTANDINGAN ANTARA DORM

Ting. 1,2, 3 & 4

Selepas Pepeiksaan

5. 

KARNIVAL SUKAN ASRAMA NEGERI

Peserta Tertentu

 



ETIKA PAKAIAN ASPURA/ASPURI:

a)      Setiap pelajar dikehendaki berpakaian kemas dan sopan semasa di sekolah,menghadiri kelas persediaan,pemeriksaan kamar dan menghadiri sebarang acara rasmi asrama atau sekolah.

AKTIVITI

ASPURA

ASPURI

 

 

SOLAT

 

  1. Berbaju melayu
  2. Kopiah putih/berserban
  3. Kain sarung /seluar panjang.

 

 

 

  1. Bertelekung

 

 

SOLAT JUMAAT

 

 

  1. Songkok hitam
  2. Baju melayu putih bersampin sekolah.
  3. Sandal/kasut hitam.

 

 

 

 

PREP SIANG/MALAM

 

  1. Tshirt berkolar tanpa tulisan dan corak yang tidak sesuai.
  2. Berseluar panjang.Kain sarung tidak dibenarkan.

 

 

  1. Baju kurung
  2. Bertudung

 

 

SUKAN

 

I.Berseluar panjang sport

 

ii. Tshirt

 

 

  1. Baju lengan panjang.
  2. Bertudung labuh.

 

OUTING

 

Tshirt merun (aspura)  Baju Kurung merun ( aspuri )

 

 

 

 

Baju kurung merun

 

Bertudung peach/cream

 

BALIK KAMPUNG / MAJLIS RASMI

 

 

Baju batik

 

Baju batik.



PENGURUSAN MASA :

PERHIMPUNAN PAGI : 7.10 PAGI

- Semua penghuni  aspura/aspuri berhimpun di dataran asrama mengikut bilik (dorm) kemas beruniform sekolah.

 

PERSEDIAAN BELAJAR :

- Semua penghuni aspura/aspuri dikehendaki mengikuti waktu persediaan belajar seperti berikut :

Ting 1,2 : 3.15 – 5 ptg.                               8.00 – 10.30 mlm

Ting 3-6 : 3.45 – 5 ptg.                               8.00 – 10.30 mlm

 

- Sebarang pengecualian hendaklah mendapat kebenaran daripada warden atau warden bertugas.

- Sewaktu kelas persediaan kegiatan bukan berbentuk akademik tidak dibenarkan melainkan atas arahan

  pengurusan sekolah.(latihan sukan dll)

- Pelajar tidak dibenarkan tidur, membaca surat khabar,majalah,komik,menulis surat,berjalan-jalan atau

  berbual kosong.

- Semua penghuni aspura/aspuri hanya dibenarkan mengikuti kelas tambahan (Tuisyen) yang disediakan oleh pihak

  sekolah/pengurusan asrama sahaja.

 

 

SOLAT :

- Semua penghuni asrama dikehendaki menunaikan solat secara berjemaah di surau asrama.

- Jika terdapat kuliah maghrib semua penghuni aspura/aspuri dikehendaki menunaikan solat maghrib di Surau

  Al-Falah.

- Solat di dalam kamar (dorm) tidak dibenarkan.

 

SUKAN :

- Waktu beriadah : 5.15 – 6.15 ptg.

 

 

KELUAR MASUK ASRAMA :

- Pelajar dibenarkan keluar  ke Bandar mengikut keperluan atau bersama waris mengikut jadual yang ditetapkan di

  dalam jadual outing dan balik kampong.

- Setiap pelajar mestilah menyerahkan kad pelajar/kad keluar masuk di pondok pengawal/warden sewaktu keluar

  dan mengambilnya semula semasa memasuki kawasan sekolah/asrama.

- Kebenaran keluar asrama pada waktu yang lain hanya diberikan untuk rawatan pesakit,kecemasan atau

  sebab-sebab lain yang wajar sahaja.

- Pelajar tidak dibenarkan keluar dari asrama tanpa kebenaran ketua warden atau warden bertugas.

 

PERATURAN MELAWAT :

- Masa melawat adalah ditetapkan seperti berikut :

JUMAAT           : 3.00-6.00 PETANG

SABTU/AHAD    : 9.00 PAGI – 6.00 PETANG.

 

- Semua pelawat hendaklah dilayaan di tempat yang disediakan ( Tempat menunggu).Pelawat dilarang masuk

  ke dalam kamar dan kawasan-kawasan larangan yang lain.

- Masa kecemasan atau hal-hal lain yang mustahak,Ibubapa/penjaga boleh melawat dengan kebenaran

  pengetua/penolong kanan HEM/warden bertugas.